Yuran kedai FREE sampai hujung tahun
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Berita 22hb Ogos 2008

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Berita 22hb Ogos 2008   Fri Aug 22, 2008 10:11 am


TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan mengenai perkhidmatan sistem rel di Kuala Lumpur, semalam

PM tak puas hati


TURUN PADANG... Abdullah Ahmad Badawi berdiri bersama penumpang lain menaiki tren komuter yang penuh sesak dari Stesen Serdang menuju ke ibu kota ketika membuat tinjauan mengenai perkhidmatan sistem rel di Kuala Lumpur, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.

Perdana Menteri yang meninjau kemudahan pengangkutan awam itu hari ini dengan menaiki tren komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan sistem transit aliran ringan (LRT) telah mendengar sendiri rungutan dan masalah orang ramai yang menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu.

Daripada situ katanya, beliau mendapati perkhidmatan itu tidak sistematik, jadual ketibaan tidak teratur, gerabak tidak mencukupi dan liputan laluan tidak meluas.

“Saya lihat tadi keadaan tren yang digunakan untuk penumpang pergi kerja setiap pagi. Mereka sentiasa berebut-rebut bila tren tiba. Dari segi itu nampaknya macam tak ada sistem.

“Ini yang saya rasa tak senang hati kerana rakyat tidak mendapat satu kepuasan daripada menggunakan tren. Ini kita kena perbaiki,” katanya kepada Bernama di stesen LRT Masjid Jamek.

Dalam perjalanan dari Serdang ke Masjid Jamek menggunakan dua perkhidmatan rel berbeza itu, Perdana Menteri menyaksikan masalah kesesakan yang berlaku terutama pada waktu puncak serta berbual-bual dengan penumpang bagi mendapatkan maklumat balas mengenai perkhidmatan itu.

Perdana Menteri, yang tidak diiringi mana-mana pegawai daripada dua perkhidmatan rel berkenaan, tiba di stesen Komuter KTM Serdang pada pukul 8.15 pagi tetapi tidak dapat menaiki tren yang tiba pada waktu itu kerana terlalu sesak.

Beliau menaiki tren seterusnya yang tiba 15 minit kemudian untuk menuju ke KL Sentral, hab pengangkutan moden bagi pelbagai perkhidmatan rel.

Di situ, Abdullah juga terpaksa menunggu seketika bagi menukar kepada perkhidmatan LRT Putra untuk ke stesen Masjid Jamek kerana tren yang pertama tiba juga penuh


Last edited by Admin on Fri Aug 22, 2008 10:19 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Berita 22hb Ogos 2008   Fri Aug 22, 2008 10:18 am

Waktu kerja anjal bagi wanita

Oleh ARSHAD KHAN



Najib Tun Razak bersalaman dengan salah seorang penceramah Sidang Kemuncak Wanita 2008 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.
- Gambar ZULAZHAR SHEBLEE

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedia menimbangkan waktu kerja fleksibel bagi pekerja wanita agar mereka tidak lagi terikat dengan waktu kerja tetap seperti dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Timbalan Perdana Menteri berkata, dalam usaha untuk menarik lebih ramai kaum wanita berkerja, maka perlu ada pendekatan fleksibel dan inovatif yang mengambil kira bahawa pekerja wanita juga adalah seorang ibu dan isteri.

Menurut beliau, kaum wanita lebih mementingkan masa kualiti bersama keluarga, mahu lebih waktu bersama anak di padang permainan berbanding terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

"Mungkin sukar bagi sesetengah wanita terikat dengan waktu kerja tetap seperti pukul 9 pagi hingga 5 petang kerana dalam waktu itu mereka perlu melakukan aktiviti penting lain seperti menghantar anak ke sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Wanita 2008 yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen di sini hari ini..

Kata Najib, tidak ada sebarang kelemahan jika waktu kerja fleksibel diperkenalkan kerana ia terbukti sebagai mampu meningkatkan produktiviti dan bukan sebaliknya.

Sehubungan itu, Najib meminta hasil perbincangan meja bulat di Sidang Kemuncak Wanita 2008 berkaitan perkara itu dihimpunkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk dirundingkan bersama Kementerian Sumber Manusia sebelum ia dibawa kepada Kabinet.

Ditanya jika beliau sendiri bersetuju dengan pengenalan waktu kerja fleksibel itu Najib berkata, beliau menyokong prinsip untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan kerana jumlah mereka belum setanding negara-negara maju.

Timbalan Perdana Menteri yakin, pengenalan waktu kerja fleksibel akan mampu menarik lebih ramai kaum wanita untuk berkerja.

Kata beliau, sehingga tahun lalu hanya 46.4 peratus wanita di negara ini terbabit dalam sektor pekerjaan iaitu satu jumlah yang rendah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Sweden yang mana 77.7 peratus wanitanya berkerja, Denmark (76.7 peratus) dan United Kingdom (70.3 peratus).

Najib juga bersetuju jika wanita dibenarkan meninggalkan kerja mereka untuk satu tempoh waktu tertentu sebelum menyambungnya kembali apabila sesuatu urusan penting dalam hidup mereka selesai.

Beliau bagaimanapun mengakui masalah disiplin dan pengawasan diri akan menjadi isu yang lebih besar dalam ruang kerja pada masa hadapan jika sistem kerja fleksibel diguna pakai di negara ini.

Dalam pada itu, Yen Yen berkata, tempoh kerja yang terlalu lama sudah menjadi satu alasan yang kerap kali didengari apabila seseorang wanita mahu berhenti kerja.
Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
 
Berita 22hb Ogos 2008
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gulu Walk 2008 - Jerusalem
» JOAS Special Edition 2008
» korean convention book 2008
» AMY DAY
» Anthony O'Malley

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Beli online :: Lepak :: Berita Semasa-
Jump to: