Yuran kedai FREE sampai hujung tahun
 
HomePortalGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Berita 25hb Ogos 2008

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Berita 25hb Ogos 2008   Mon Aug 25, 2008 8:49 am

Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Berita 25hb Ogos 2008   Mon Aug 25, 2008 8:54 am

Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Berita 25hb Ogos 2008   Mon Aug 25, 2008 8:57 am

Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Berita 25hb Ogos 2008   Mon Aug 25, 2008 8:59 am

Orang luar jangan ke Permatang Pauh - Polis
PULAU PINANG 24 Ogos - Polis meminta para penyokong dari luar parti-parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh supaya tidak datang ke kawasan itu pada hari pengundian Selasa ini.

Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, permintaan itu juga dibuat kepada mereka yang bukan pengundi kawasan berkenaan.

Kata beliau, ia bertujuan mengelakkan keadaan sesak dan sibuk yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa, elemen provokasi, perselisihan faham dan pergaduhan.

"Lagipun kawasan Permatang Pauh kecil dan jalan rayanya pula agak sempit dan sibuk. Kehadiran orang luar yang luar biasa bilangannya hanya akan memburukkan lagi keadaan itu.

"Itu belum lagi dikira dengan keadaan kesesakan yang sedia ada di kawasan berkenaan. Oleh itu saya minta supaya pihak-pihak yang tidak terlibat dengan pilihan raya ini supaya janganlah datang ke Permatang Pauh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, pelbagai masalah juga akan timbul apabila keadaan tidak dapat dikawal dengan baik terutama bila terjadi kemalangan atau kecederaan.

"Dengan keadaan jalan dan tempat yang terlalu sesak, ditambah sekatan yang banyak dibuat oleh pihak berkuasa, saya khuatir bantuan tidak dapat diberikan dengan segera untuk menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut," katanya.

Menurut Shaharon Anuar, polis juga akan mengambil tindakan tegas dengan menunda mana-mana kereta yang diletakkan di sepanjang jalan berdekatan pusat-pusat mengundi.

Katanya, tindakan itu juga akan diambil terhadap kereta-kereta yang menghalang lalu lintas.

"Untuk tujuan itu, kami telah bersedia dengan 30 buah trak tunda untuk mengalihkan kereta-kereta ini dari kawasan-kawasan tersebut.

"Polis akan akan bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang- undang. Ini semua dilakukan bagi memastikan proses pilihan raya dapat dijalankan dengan lancar dan aman," katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
tasya
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 14709
Age : 37
Registration date : 2008-07-24

PostSubject: Re: Berita 25hb Ogos 2008   Mon Aug 25, 2008 9:00 am

Dollah menyesal tak sudah
KUALA LUMPUR - Seandainya mampu dan berpeluang mengubah semula keadaan, mahu sahaja Dollah Salleh mengelakkan kesilapan barisan benteng Selangor yang menjadi punca utama terlepasnya Piala Malaysia kepada Kedah dalam perlawanan akhir edisi ke-82, kelmarin.

Jurulatih Selangor itu mengakui, kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan bagi gol pertama dan ketiga Kedah (Marlon Alex James dan Fadly Baharom) telah mengubah corak permainan lawan menjadi begitu hebat sedangkan anak buahnya yang terus tenggelam secara sepasukan.

"Pada 20 minit pertama, kami menguasai permainan tetapi dengan kesilapan yang kami dilakukan di bahagian pertahanan, corak kami menjadi begitu longgar. Benteng kami tiba-tiba goyah dengan satu dua kesilapan mudah, malah keseluruhan pasukan terikut-ikut," katanya di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Gol pertama Kedah hasil lorongan terus pemain terbaik perlawanan, Nelson Sam Martin kepada Marlon pada minit ke-30 juga tidak mampu dikejar dan disaingi dua benteng tengahnya, Razman Roslan dan Evans Chisulo sehingga penyerang Kedah itu merembat mudah menewaskan Suffian Ab. Rahman.

Kecuaian Razman Roslan dalam mengawal bola biarpun jauh daripada rebutan Baddrol Bakhtiar membolehkan Fadly yang diumpan tanpa dikawal di sebelah kiri, menolak kencang untuk gol minit ke-38 sekali gus mengesahkan Kedah selaku juara tiga gelaran Liga Malaysia buat dua musim berturut-turut.

"Satu kesilapan yang sama (seperti perlawanan akhir Piala FA), cuma dilakukan oleh pemain lain. Khasnya gol ketiga, saya rasa tidak patut seorang pemain pertahanan lakukannya tetapi dalam bola sepak, kita tidak boleh hendak cakap apa, benda sudah berlaku, Kedah mengambil peluang itu dan kami menanggung padah," katanya.

Selangor yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2005 (termasuk Piala FA dan Liga Perdana), bagaimanapun mendahului 1-0 menerusi pemain importnya dari Liberia, Frank Seator dan penyerang kebangsaan, Safee Sali merapatkan kedudukan dengan sepakan sungkit cantik pada minit ke-77.

Kata Dollah yang menempuh musim ketiganya menerajui Gergasi Merah, "kami sudah mencuba sehabis baik dan mulai bangkit pada babak kedua, tetapi tuah masih tidak menyebelahi kami dan memang kami akui kami menentang sebuah pasukan yang bagus seperti Kedah."

Tiga penggantian pemain dilakukan - Amirulhadi Zainal bagi D. Surendran; R. Surendren untuk Elie Aiboy dan Fadzli Saari dengan Indra Putra Mahayuddin namun Selangor yang turut diatasi dari segi jumlah penyokongnya, belum mampu menebus tiga kekalahan kepada Kedah musim ini, 6-2, 1-0 dan 3-2 (Liga Super dan Piala FA).

Menurut Dollah, sebagai jurulatih, dia akur dengan kekalahan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya tetapi agak terkilan dengan kehadiran penyokong Merah Kuning yang tidak mampu mengimbangi 'Lautan Hijau Kuning' sedangkan lokasi Stadium Nasional masih lebih hampir dengan Shah Alam.
Back to top Go down
View user profile http://www.dyna80.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Berita 25hb Ogos 2008   

Back to top Go down
 
Berita 25hb Ogos 2008
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Gulu Walk 2008 - Jerusalem
» JOAS Special Edition 2008
» korean convention book 2008
» AMY DAY
» Anthony O'Malley

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Beli online :: Lepak :: Berita Semasa-
Jump to: